“passport” kepada Produk Digital Harakah

24-04-2024

Kad Istiqamah adalah satu program ganjaran yang membolehkan pelanggan Harakah mengumpul serta menebus mata ganjaran. Ianya boleh digunakan apabila membeli / melanggan produk digital Harakah dan juga item-item di kedai / gerai jualan myHarakah Bazaar dan juga myharakahbazaar.com. Kad Istiqamah bukanlah kad kredit, kad debit, kad caj atau kad diskaun. Kad Istiqamah pelbagai fungsi ini terdiri daripada 3+1 kategori, iaitu Kad Istiqamah Silver untuk melayakkan mereka kumpul mata ganjaran bagi setiap pembelian (mesti ditop up minima sebulan untuk akses kepada produk digital yang terhad, Harakah ePaper sahaja bagi menggantikan konsep jualan Harakah ePaper sebelum ini).

Harakah juga menawarkan Kad Istiqamah Gold (untuk tempoh 2 tahun) dan Kad Istiqamah Platinum (untuk tempoh 5 tahun) bagi ahli yang hendak derma RM10 kepada PAS dan juga diberikan manfaat khairat kematian (RM500 kepada pemegang kad dalam tempoh sah) disamping mendapat akses kepada produk-produk digital Harakah seperti ePaper, eBook, Galeri Multimedia dan Arkib Berita Harakahdaily.

Satu lagi keistimewaan yang ada kepada pemegang kad Istiqamah Platinum yang tidak ada kepada pemegang-pemegang kad Istiqamah yang lain adalah, mereka boleh memohon dan berdaftar dengan Harakah untuk menjadi ejen kad Istiqamah dibawah konsep sistem member get member yang baru dilancarkan pada 11 November, 2015 oleh Pengarah Urusan Harakah.

Bagaimana Untuk Mendaftar Sebagai Ahli?

  • Anda boleh mendaftar sebagai ahli di sini dan beli kad Istiqamah di myharakahbazaar.com
  • ATAU pergi ke mana-mana kedai / gerai jualan myHarakah Bazaar untuk mendapatkan borang permohonan
  • ATAU Hubungi Ejen Kad yang dilantik yang berdekatan dengan anda

Anda akan menerima Kad Istiqamah dalam masa sekurang-kurangnya satu minggu dari tarikh permohonan (jika pos)

Berapakah Bayaran Keahlian Kad Istiqamah?

Keahlian adalah PERCUMA; tetapi untuk melanggan / membeli produk-produk digital Harakah, perlu membeli salah satu kategori berikut:

Pakej / Kategori Silver 10 Silver 50 Silver 100 Silver Bizz Gold Platinum
Harga RM10 RM50 RM100 RM100 RM200 RM350
Tempoh Langganan 1 Bulan 6 Bulan 1 Tahun 1 Bulan * 2 Tahun 5 Tahun
Mata Ganjaran 10 50 100 100 200 350
ePaper Harakah
Arkib ePaper harakah
Arkib Harakahdaily
Galeri Harakah
eBook
Pengiklanan**
Khairat Kematian (RM500)
eDerma ***
Kelayakan Ejen Kad

* 1 bulan langganan produk digital
** 1 bulan iklan teks Harakahdaily
*** RM10 akan diinfakkan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Adakah Terdapat Tempoh Kelayakan?

Kelayakan keahlian Kad Istiqamah adalah untuk seumur hidup. Walaubagaimanapun, tempoh langganan produk digital adalah bergantung kepada kategori kad yang dimiliki. Jika sekiranya tempoh langganan semua produk telah tamat, pelanggan perlu memperbaharui pakej (Gold / Platinum) untuk terus menikmati manfaat khairat kematian. Sebaik sahaja anda mempunyai Kad Istiqamah, anda boleh mula mengumpul mata ganjaran.

Bagaimana Jika Saya Kehilangan Kad Istiqamah?

Anda boleh memohon kad gantian dengan cara:

Caj RM10 akan dikenakan sebagai yuran pemprosesan.

Mata Ganjaran

Ahli layak mendapat 1 mata untuk setiap RM1 yang dibelanjakan. Mata ganjaran akan kekal selagi mana program setia pelanggan ini berjalan. Mata ganjaran tidak boleh dipindah milik kepada ahli yang lain dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai. Mata ganjaran hanya boleh ditebus dengan barangan atau perkhidmatan yang dibeli dari myharakahbazar.com, Kedai Buku myHarakah Bazaar dan gerai myHarakah Bazaar di tapak jualan / karnival. Jumlah mata ganjaran yang terkumpul boleh dilihat di akaun keahlian masing-masing.

Bagaimanakah Saya Ingin Menebus Mata Ganjaran?

Mata ganjaran boleh ditebus dengan membeli produk-produk di myharakahbazaar.com / kedai myHarakah Bazaar menggunakan mata ganjaran ATAU di mana-mana tapak jualan (gerai/booth) myHarakah Bazaar.

Bagaimana Jika Langganan Produk Telah Tamat Tempoh

Tempoh langganan boleh disambung dengan membeli reload bagi produk berkenaan di myharakahbazaar.com ATAU melalui Ejen Kad. Pelanggan akan mendapat PIN reload dan perlu memasukkan PIN tersebut ke dalam ruangan Daftar PIN. Tempoh langganan akan ditambah sebaik sahaja pengesahan PIN berjaya dilakukan.