Sejaran Penubuhan Harakah

19-04-2024
Kelahiran Harakah
PAS diberikan permit penerbitan Harakah pada 1 Mac 1987 dengan kekerapan seminggu sekali. Edisi pertama Harakah diedarkan tujuh hari sebelum Muktamar PAS ke-33 iaitu pada 27 Mac 1987 dengan cetakan sebanyak 15,000 naskah dan sekarang edarannya melebihi 100,000 naskah setiap keluaran.
01 Mac 1987
Harakah terbit 2 kali seminggu
Berikutan sambutan yang baik, Harakah memohon kekerapan penerbitannya ditambah kepada 2 kali seminggu. Permohonan Harakah pada 7hb Mei, 1990 dijawab segera oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui surat bertarikh 18 Jun, 1990 memaklumkan "YAB Menteri (Dr Mahathir) telah bersetuju memululuskan permohonan tuan untuk menerbitkan HARAKAH dua kali seminggu".
1990
Visi Harakah Selepas 10 tahun kelahirannya
Muka depan keluaran khasnya sempena 10 tahun Harakah, Pengerusi Harakah Dato’ Mustafa Ali menggariskan 4 keutamaan untuk dicapainya, iaitu;
  • Menjadikan Harakah akhbar Harian.
  • Mewujudkan Institusi Kewartawanan sebagai pusat latihan melahirkan wartawan berwibawa.
  • Memastikan laporan dan kandungan Harakah bersifat adil, tepat dan profesional.
  • Mengutamakan penyebaran ilmu dan mengelakkan daripada terlalu mementingkan nilai komersil.

Permulaan Era Internet
Dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang begitu pesat, Harakah segera memanfaatkan teknologi ICT ini dengan mengadakan Harakah Edisi Internet seawal tahun 1997 yang dilancarkan oleh Ustaz Fadhil Mohd Noor, Presiden PAS ketika itu.

Pendokong-pendokong IT dari kalangan ahli PAS membantu Harakah memulakan usaha ini untuk menyiarkan bahan-bahan yang ada dalam akhbar Harakah membantu memasukkan berita, rencana utama dan kolum penting. (Lihat contoh di http://harakah4.tripod.com)

Satu lagi prasarana penting menggunakan internet yang dipelopori Harakah dalam menyampaikan penerangan dan dakwah ialah HarakahTV melalui siaran audio/visual seperti TV. Setidak-tidaknya dengan menggunakan teknologi internet (ie. webTV) yang lebih murah dapat menyelesaikan sebahagian masalah yang dihadapi bagi badan-badan politik dan dakwah seperti PAS untuk memiliki radio dan TV sendiri.

1997
Perkembangan Harakah
Edaran tertinggi akhbar Harakah pernah mencecah kepada 400,000 naskah dengan dua keluaran seminggu menjelang pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 menjadikannya dua kali ganda dari edaran akhbar-akhbar utama negara ketika itu. Dengan pengaruh Harakah yang begitu meluas, menyebabkan ianya pernah beberapa kali digantung dan dikenakan berbagai sekatan bagi menghalang edarannya dalam masyarakat.
1999
Sekatan Penerbitan
Edaran tertinggi akhbar Harakah pernah mencecah kepada 400,000 naskah dengan dua keluaran seminggu menjelang pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 menjadikannya dua kali ganda dari edaran akhbar-akhbar utama negara ketika itu. Dengan pengaruh Harakah yang begitu meluas, menyebabkan ianya pernah beberapa kali digantung dan dikenakan berbagai sekatan bagi menghalang edarannya dalam masyarakat.


Portal Berita Internet - Harakahdaily
Apabila kerajaan mengenakan sekatan terhadap penerbitan akhbar Harakah pada tahun 2000 daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan, Harakah telah bersedia dengan versi internet, Harakahdaily yang boleh dilayari setiap hari.

Portal berita www.harakahdaily.com yang dikemaskini setiap hari digerakkan secara aktif mulai tahun 2000, selepas kemenangan besar PAS dalam PRU ke-10. Sekarang ianya menjadi www.harakahdaily.net dengan kunjungan pelawat sekitar 70,000 (pageview) sehari dan dalam masa peristiwa tertentu seperti pilihan raya, muktamar dan sebagainya, ia boleh mencecah sehingga 100,000 sehari. Ianya juga secara tidak langsung merealisasikan sebahagian hasrat Harakah untuk menjadi akhbar harian yang masih belum terlaksana.

Serentak dengan kemunculan harakahdaily.com, Harakah juga memulakan usaha mengadakan Harakah TV yang dilancarkan pada 15hb. Mei, 2000 tetapi sempat bertahan selama setahun sahaja.
2000
Web TV
Edaran tertinggi akhbar Harakah pernah mencecah kepada 400,000 naskah dengan dua keluaran seminggu menjelang pilihan raya umum ke-10 pada tahun 1999 menjadikannya dua kali ganda dari edaran akhbar-akhbar utama negara ketika itu. Dengan pengaruh Harakah yang begitu meluas, menyebabkan ianya pernah beberapa kali digantung dan dikenakan berbagai sekatan bagi menghalang edarannya dalam masyarakat.

2006
Harakah Digital
Setelah hampir 10 tahun menguasai teknologi internet, Harakah memperkenalkan ePaper Harakah (eHarakah) pada tahun bulan Jun, 2009. Dengan berkembangnya broadband dan capaian internet di negara kita, epaper ini merupakan pilihan masa depan yang sangat baik. Fokus utama adalah kepada masyarakat bandar yang celik IT dari dalam dan luar negara serta generasi maya yang hidup dengan internet.

Akhbar digital ePAPER ini sama seperti anda membaca Harakah versi cetak secara online. Bezanya adalah ianya dicapai dalam talian dan boleh dicetak sendiri jika dikehendaki oleh pembaca online.

Jun 2009
Media Baru
Selain itu, Harakah juga turut memanfaatkan teknologi telefon bimbit melalui sms untuk menyampaikan berita terkini Harakahnews dan media sosial seperti Facebook dan Twitter bagi menyebarluaskan berita Harakah di blog dan portal internet.

Pusat Maklumat Arkib & Perpustakaan Online – MyHarakah
Bahan bacaan seperti kitab dan buku rujukan Islam akan lebih mudah dicapai dan ditelah melalui pendigitalan bahan-bahan ilmu yang terkandung di dalam lipatan akhbar buku-buku dan kitab tersebut. Sehubungan dengan itu, Harakah sedang dalam proses membina sebuah arkib dan perpustakaan Islam Harakah di bawah branding atau jenama ‘myHarakah’ dengan hasrat berikut:

  • Menghidangkan pelbagai capahan ilmu dan sumber pengetahuan Islam khususnya yang berkaitan dengan Harakah.
  • Menghimpun dan menyimpan pelbagai sumber bahan bagi kemudahan capaian secara global.
  • Memberi peluang untuk berlakunya kerjasama yang berdaya maju di kalangan institusi perpustakaan Islam dan umum baik di peringkat nasional, serantau, mahupun sedunia.
  • Memberi peluang seluas-luasnya untuk kemudahan pembelajaran dan perniagaan elektronik untuk membantu usahawan muslim berkembang sehingga terkenal melalui ruang iklan yang ditawarkan.
2013