Produk eHarakah

25-04-2024

Bagaimana cara melanggan & baca eHarakah?

Ikuti langkah berikut untuk membeli langganan eHarakah:

  1. Beli langganan di eharakah.net.my
  2. Tunggu sms / emel pengaktifan
  3. Ikuti arahan yang diberikan di emel
  4. Log masuk akaun SSO
  5. Klik Akhbar Digital di ruangan Langganan Anda
  6. Pilih edisi akhbar dan klik Baca

Bilakah langganan saya akan diaktifkan?

Langganan akan diaktifkan dalam masa sekurang-kurangnya 1 hari bekerja dari tarikh pengesahan pembayaran. Anda akan menerima notifikasi di emel dan juga SMS sebaik sahaja pengaktifan dibuat.

Bagaimana jika tidak terima emel pengaktifan?

Anda akan menerima emel pengaktifan sebaik sahaja mendaftar di Gerbang myHarakah. Akaun SSO anda perlu diaktifkan dahulu sebelum boleh log masuk. Sekiranya anda tidak menerima emel pengaktifan di peti masuk (INBOX), sila semak folder SPAM atau JUNK. Jika anda tidak menerima sebarang emel pengaktifan akaun daripada myHarakah, sila maklumkan kepada kami dengan segera.

Apa yang diperlukan untuk baca eHarakah?

Paparan Harakah ePaper (eHarakah) memerlukan plugin Adobe Flash Player sekiranya dilihat menggunakan browser di komputer seperti Firefox, Chrome, Internet Explorer dan sebagainya. Sekiranya anda menggunakan telefon pintar, Adobe Flash Player tidak diperlukan.

Bagaimana jika saya terlupa Katalaluan?

Anda boleh setkan semula Katalaluan di sini. Masukkan ID Pengguna atau emel yang telah didaftarkan dan klik Hantar

Bagaimana cara untuk membuat pembayaran?

Pembayaran boleh dibuat menggunakan 2 cara iaitu:

  1. Perbankan internet (FPX)
  2. Mesin deposit tunai (CDM) - perlu menghantar bukti pembayaran

Apakah kupon diskaun?

Kupon diskaun merupakan kod khas yang diberikan kepada pelanggan sekiranya sebarang promosi diadakan. Setiap kupon memberikan sejumlah diskaun bagi setiap pembelian melalui online sama ada dalam bentuk % atau amaun ringgit.

Bagaimana untuk sambung langganan?

Langganan yang telah tamat tempoh boleh diperbaharui dengan hanya membeli salah satu jenis langganan yang ditawarkan.